Hot

Tutorial : Basketball Cupcakes



satu pendekatan terbaru kami... 

memandangkan kami tak dapat nak buat kelas mengajar dalam masa terdekat.. kami ajar secara online yea.. dari masa ke semasa kami akan cuba ajar mana yang termampu.. 


target kami mengepos nie ialah bagi mereka yang nak buat sendiri dan nak tau cara dan tekniknya.. 

maka yang kami ajar nie yang simple - simple la yea.. untuk para ibu atau bapa nak buat hujung minggu untuk anak - anak.. alang - alang dah penat membakar tu.. penatkanlah tangan tu mendeko ikut apa yang anak suka.. biar sampai melompat si kecil tengok hasil kerja tangan mama n papa mereka.. (^_^)

dan bagi yang berniaga.. mungkin boleh guna untuk projek - projek akan datang.. 

***



  • cupcake yang sudah siap dibakar  (boleh refer mane - mane resepi kek atau cupcake dalam website nie)
  • choc ganache yang masih cair (resepi)
  • buttercream yang diwarnakan merah (resepi)
  • piping bag






1. tuangkan choc ganache yang cair tu ke atas cupcake.. sampai penuh..

2.paipkan buttercream secara menegak

3. kemudian secara melintang.. jadi macam tanda +

4.buat separa bulat di belah kiri

5.dan separa bulat di sebelah kanan

6. hidangkan



kalau nak buat harijadi yang bertema.. boleh cuba buat tema basketball.. dan warna boleh tukar ikut kesukaan.. dan tak semestinya base topping tu guna ganache.. boleh juga disapukan buttercream

selamat mencuba!

[ Klik Disini ]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Halaman