bila ingin menyediakan aising cupcake dengan cara yang paling cepat, gunakan whipped cream sebagai topping.
jika aising anda kembang dan gebu, hanya celupkan bahagian atas cupcake ke dalam adunan aising untuk hiasan.
untuk kekemasan dalam mendeko aising, gunakan piping bag dan nozzle.
Inti
bila ingin meletakkan inti di dalam cupcake, keluarkan sedikit cupake menggunakan nozzle yang diterbalikkan, isikan dengan inti dan letakkan semula kek tadi di atas inti, tutupkan dengan hiasan aising.
Tepung
bila menggunakan tepung kek, cupcakes akan menjadi lebih gebu, dan jika tiada tepung kek, boleh gantikan dengan tepung gandum yang kiraannya dibuang 2 sudu besar setiap satu cawan.
Adunan
jika ingin kek yang dibakar itu nampak lebih menarik, tambahkan cip coklat pelbagai perisa dan warna kedalam adunan sebelum dibakar.
cara cepat dan mudah untuk mengisi adunan kedalam cawan kertas ialah dengan menggunakan ice-cream scoop.
sentiasa mengisi adunan sebanyak 2/3 dari saiz cawan untuk mendapatkan cupcake yang cantik.
sentiasa menggunakan loyang cupcake ketika membakar adunan, kepanasan dari sekeliling cawan kertas akan mengelakan dari adunan melimbah keluar ketika dibakar.
Penyimpanan
cupcake yang dibakar pada malam sebelumnya, dan ingin di letakkan aising keesokan hari, boleh di balut dengan plastik untuk penyimpanan bagi mengekalkan kelembapan.
Suhu
pastikan oven telah dipanaskan pada suhu yang dinyatakan didalam resepi bagi mengelakkan adunan menjadi bantat.
setiap bahan yang ingin digunakan hendaklah di pastikan didalam suhu bilik, terutamanya telur dan butter.
These are adorable. I'm new to the world of cupcakes. I love your blog.
BalasPadamThanks, peace and all good things for you in cupcakes and in life.
Diane