Terima kasih kami ucapkan kepada Majalah Inspirasi Perkahwinan yang sudi memaparkan Luxe Dessert Table kami yang dipamerkan di Festival Pengantin Malaysia, Setia Convention Mall pada bulan Januari 2013 yang lalu.
maaf agak lambat kami keluarkan, ini kerana kesibukan kami dengan pelbagai urusan baru - baru ini.
gambar - gambar ini semua diambil semasa festival tu oleh jurugambar mereka sendiri, dan kami dihubungi kemudian melalu rakan kami meem Ykatering untuk tujuan interview.
gambar raya 2 tahun lepas pun jadilah..
sedar tak sedar, tiada gambar kami berdua selain gambar raya.. hmm..
terima kasih juga pada rakan kami dari Y Katering yang telah sudi memberi kami ruang untuk mempamerkan koleksi terbaru kami itu di booth mereka. Bayangkan selama berlangsung festival itu, kami langsung tak dapat nak kesana, sebab kami tengah penuh dengan order waktu tu, dan atas permintaan mereka kami gagahkan untuk siapkan koleksi ini bagi tujuan pameran... Alhamdulillah ada sambutan kata mereka..


