Telur
- Perbezaan Telur Gred A dan Gred B
- Telur Gred A lebih besar dari Gred B.
- Namun jika tiada telur Gred A, gunakan telur Gred B jika sukatannya tidak ketara jika adunannya sedikit atau ketika menggunakan kuningnya sahaja.
- Jika telur yang ingin digunakan itu sejuk, (baru keluar dari peti sejuk)
- rendam dalam air atau air suam untuk menjadikannya pada suhu bilik.
- Penggunaan Telur dalam pembuatan biskut,
- Telur berperanan sebagai 'gam' yang melekatkan adunan biskut.
- Telur akan menggebukan biskut dan memberikan rasa lemak.
- Penggunaan telur berlebihan akan menjadikan biskut mengembang dan melebar.
- Resepi yang hanya menggunakan kuning telur akan terasa lebih empuk dan lembut berbanding jika menggunakan keseluruhan telur.
- Putih Telur sering kali dibuang kerana ia sedikit hanyir dan mengeraskan adunan biskut.
- Pastikan telur yang digunakan dalam keadaan baik, tidak busuk.
- Elakkan Hanyir telur dalam puding,
- Jika diperhatikan putih telur, ada bahagian yang lebih pekat dari yang lain, asingkan yang itu. Itu dipanggil 'pusatnya'
- cara mudah mengasingkannya, asingkan kuning dahulu.. dan seterusnya gunakan jari sahaja untuk membiarkan putih telur turun kedalam bekas, sementara 'pusat'nya itu tinggal di jari.
- Penggunaan Kuning Telur Dalam Tat Nenas,
- Kuning Telur akan menggebukan kulit tat berbanding menggunakan keseluruhan telur termasuk putih telur,
- Penggunaan keseluruhan telur akan menjadikan Tat itu keras.
- Putih Telur di dalam biskut Makmur,
- Berbeza dengan biskut lain, ada sesetengah resepi biskut makmur hanya memerlukan putih telur dan bukan kuningnya, ini kerana supaya ianya menjadi lebih putih dan keras beranding gebu dan kekuningan.
- Cara Untuk mengetahui samada telur itu masih baru atau sudah lama.
kredit : Wikihow
Tiada ulasan:
Catat Ulasan