Hot

Tutorial : Cupcake Kereta Merah

 


Bapaku pulang dari kota
Bapaku belikan kereta
Kereta kecil warna merah
Akan kubawa ke sekolah

Ponponponponpon ponpon ponpon
Kereta kecil ku berbunyi
Marilah adik mari naik
Boleh kubawa jumpa nenek

Lagu kegemaran semasa kecil yang menjadi tema untuk hiasan cupcake kali ini. Bagi tutorial ini, hiasannya perlu dilukis tapi dengan langkah demi langkah yang diberikan, pasti ianya menjadi lebih mudah untuk anda.

Jom tengok cara membuatnya.




  • Buttercream diwarnakan merah dan merah jambu muda - Lihat resepi

  • Fondant yang diwarnakan kelabu.

  • Piping Bag - digunting halus hujungnya




  • Lakarkan mengikut gambarajah dibawah dan isikan dibahagian dalam lakaran dengan aising bewarna merah.





  • Tampalkan fondant bewarna kelabu dibahagian bawah supaya menyerupai tayar dan paipkan dibahagian tengahnya asing bagi membentuk rim.

  • Paipkan diatas asing merah dua dot putih untuk menampakkan sebagai handle pintu.

  • Anda juga boleh pelbagaikan dalam hiasan dengan mencampurkan dengan tema ladybird dan basketball.


[ Klik Disini ]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Halaman