Hot

Resepi : Kek Mini Kurma







1/2 cawan kurma dipotong halus.
4 biji kuning telur
2 biji putih telur
70 gram gula castor
1/2 sudu teh emulsifier
70 gram butter cair
70 gram tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar susu serbuk
1 sudu besar serbuk almond







Ayakkan tepung gandum, tepung jagung, susu serbuk dan serbuk almond untuk menjadikan tepung gebu dan ketepikan.

Gabungkan telur, gula pasir dan emulsifier kedalam bowl dan pukul pada kelajuan sederhana tinggi sehingga kembang, iaitu menjadi putih melepak.

Masukkan bahan tepung yang telah diayakkan itu dan teruskan memukul, tapi pada kelajuan sederhana rendah.

Tuangkan butter cair, dan teruskan memukul secara perlahan. Akhir sekali masukkan buah kurma yang sudah di potong halus.

Setelah nampak sebati semuanya, tuangkan adunan kedalam loyang empat segi tepat dan bakar pada suhu 175'c lebih kurang 30 minit, namun pada minit ke 20 anda sudah boleh mula lihat samada kek sudah masak, iaitu dengan mencucukkan pisau pada adunan jika ianya sudah tidak lekat, maknanya ianya sudah masak.

Potong pada ukuran 3cm x 3 cm dan paipkan Ganache sebagai hiasan. Anda juga boleh menggunakan buttercream sebagai hiasan. 

Bagi yang ingin menjadikannya sebagai pendapatan tambahan, boleh sahaja dipotong mengikut saiz kotak yang anda ingin masukkan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Halaman