Hot

Tutorial : Cookie Monster Cupcake



Salam Tahun Baru semua! Apa khabar, maafkan kami, sebab lama juga tak keluar dengan perkongsian baru.. hampir 3 bulan kan..

Apapun, Syukur Alhamdulillah sebabnya kami lihat masih ramai juga yang datang ke blog ini untuk melihat entry - entry kami yang lama. Seronok tau, dan harapan kami ianya sedikit sebanyak telah membantu anda dalam menyediakan pelbagai juadah menarik semasa cuti sekolah.

Kali ini kami ingin berkongsi tetang cara membuat dekorasi sebuah karakter kartun dari rancangan Sesame Street iaitu Cookie Monster.

Jadi kalau anak anda minat pada kartun ini dan anda ingin buat sendiri dekorasi pada kek atau cupcake harijadi mereka tahun ini. Insya Allah dari perkongsian kami ini, kami berharap anda dapat mencubanya sendiri nanti.






Sebiji cupcake yang sudah dibakar.. anda boleh cuba mana-mana resepi kami untuk menghasilkan cupcake yang enak.

Aising buttercream, lihat resepi.

Nozzle tip bintang (closed star nozzle)

Beg piping bersaiz S

Pewarna Biru

Sekeping Biskut

Coklat Ball bersaiz mini 







Mula - mula bancuhkan aising dan asingkan kepada dua iaitu satu diwarnakan biru dan satu lagi dibiarkan lebih kurang sesudu  sahaja dalam warna putih iaitu aising yang tidak dicampurkan apa-apa warna.

Jika anda tidak mempunyai Bebola Coklat bersaiz mini, anda boleh warnakan lagi sesudu dengan serbuk koko ataupun Chocolate Emulco.

Anda boleh terus masukkan aising biru kedalam piping bag yang telah dimasukkan nozzle bintang dan mulakan memicit secara kejap - kejap dipermukaan cupcake. 




Kejap - kejap ialah anda picit dan berhenti, dan pergi ke bahagian lain.. ulang sehingga penuh dengan aising.



Bila selesai dengan aising, cupacake anda akan terhasil sebegini.


Masukkan aising bewarna putih itu tadi kedalam piping bag dan buat dua dot untuk menghasilkan mata.



Kemudian anda letakkan Bebola Coklat diatas aising itu.. kalau boleh buatkan matanya tidak sekata.. seolah-olah satu memandang ke kanan, dan satu lagi ke kiri.


Patahkan biskut kepada dua, kaedah ini digunakan untuk menampakkan mulut.


Letakkan di bahagian bawah mata, tapi pastikan jangan terlalu dekat supaya nampak ianya seperti sedang memakan biskut itu.


Akhirnya siap!

Untuk mengadakan majlis harijadi anak kecil yang amat meminati Sesame Street.. mungkin pada tahun ini mama atau papa sendiri boleh lakukannya!


Selamat Mencuba!
[ Klik Disini ]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Halaman