Antara faktor - faktor dan tips yang dikenalpasti oleh kami dan boleh harap membantu dalam memberi info jika kek anda yang mengalami masalah:
Kek menjadi lembab di bahagian tengah
- suhu oven tidak mencukupi dan masa memasak yang terlalu pendek.
- sukatan mentega terlampau banyak atau mentega telah di biarkan terlalu lama di luar dan sudah mencair sedikit..
- jika permukaan kek menjadi keperangan seperti hendak hangus, tutup bahagian atas loyang dengan aluminium foil sehingga kek masak.
- pastikan membuka api atas dan bawah jika anda memasang kipas pada dinding belakang oven. jika tiada fungsi kipas dalam oven, memadai menggunakan api bawah sahaja iaitu pada suhu 180'C.
Kek mendap di bahagian tengah dan tenggelam
- Suhu oven terlampau tinggi.
- Gula dan mentega di pukul tidak cukup kembang.
- Kekurangan tepung atau telebih gula.
- Masa membakar terlalu pendek, di tambah suhu oven yang terlalu panas pada permulaan.
- Kedudukan rak sewaktu membakar kek dalam loyang tidak diletakkan di bahagian tengah dalam oven.
- Serbuk penaik berlebihan.
Kek Merekah
- Elemen pemanas di sebelah atas terlalu panas dan menyebabkan kek mudah merekah dan juga boleh hangus di bahagian permukaan.
- Suhu ketuhar tidak begitu tepat atau terlampau tinggi.
- Kandungan serbuk penaik terlalu banyak.
- Sukatan tepung yang terlebih.
- Masa membakar terlalu lama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan