Hot

Tips membuat biskut


Kenali Bahan - Bahan Membuat Biskut.

Tepung

  1. ialah komponen utama dalam membentuk kerangka biskut.
  2. tepung yang digunakan ada beberapa jenis iaitu tepung gandum, tepung ubi, tepung sagu, tepung beras, hingga ke tepung kacang hijau.
  3. jika resepi meminta menggunakan tepung gandum, cuba gunakan tepung gandum lunak yang dikenali sebagai pastry flour.
  4. pastikan tepung diayak setiapkali ingin membuat biskut.. ini kerana untuk membuang kotoran dan mebuang gumpalan didalam tepung.
  5. periksa dahulu bungkusan tepung ketika dibeli, jika bungkusannya rosak, atau tepung lembab dan berbau tengit (seperti lama), elakkan memakainya.
  6. jika resepi meminta kita menggabungkan dua jenis tepung, contohnya tepung gandum dan tepung jagung, ayak terus keduanya supaya menjadi satu campuran.

Mentega

  1. ialah komponen kedua terpenting dalam menyedapkan rasa biskut.
  2. ia memberi rasa lembut dan menambah nilai gizi selain menyatukan tepung dengan bahan lainnya...
  3. selain mentega, majerin juga boleh digunakan dalam pembuatan biskut, mentega dikenali sebagai lemak haiwan, manakala shortening ialah lemak tumbuhan.
  4. mentega mempunyai aroma yang lebih kuat dibandingkan dengan majerin namun teksturnya agak lembik dan mudah cair bila berada didalam suhu bilik.
  5. untuk menghasilkan biskut yang baik, gunakan mentega yang berkualiti tinggi, tidak berbau tengit atau dalam keadaan cair (lembik).

Telur

  1. berperanan sebagai 'gam' yang melekatkan adunan biskut.
  2. penggunaan telur berlebihan akan menjadikan biskut mengembang dan melebar.
  3. resepi yang hanya menggunakan kuning telur akan terasa lebih empuk dan lembut berbanding jika menggunakan keseluruhan telur.
  4. pastikan telur yang digunakan dalam keadaan baik, tidak busuk.
  5. jika telur yang ingin digunakan itu sejuk, rendam dalam air atau air suam untuk menjadikannya pada suhu bilik.

via : 101 Healthy Recipes


sambungan seterusnya : Tips membuat biskut ~ 2
[ Klik Disini ]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Halaman