Banyak alat yang digunakan dalam pembuatan biskut, dari alat untuk mengadun, pencetakan hinggalah ke proses pembakaran. Kalau ikutkan semua alat untuk membuat biskut ini sama sahaja dengan alat untuk membuat kek. Namun ada beberapa alat yang khusus yang digunakan dalam membuat biskut.
- Alat mengukur / sukatan.
Seperti senduk ukur, gelas ukur dan timbangan. Ada dua jenis timbangan iaitu biasa dan digital. Disarankan untuk menggunakan jenis timbangan digital kerana mempunyai hasil yang lebih tepat.
- Mangkuk Pengacau Adunan
Plastik |
Seramik |
Terdapat dalam pelbagai jenis, ada yang diperbuat dari melamin, plastik, stainless steel, seramik dan kaca tebal. Sebelum digunakan, pastinya ianya dalam keaadan bersih dan kering. Juga setelah digunakan, cuci dengan air hangat agar lemak yang melekat pada mangkuk akan hilang.
- Mixer
Digunakan untuk mencampurkan adunan biskut. Setiap kali mengadung menggunakan mixer ini, mulakan dari kelajuan perlahan hinggalah kesemua adunan bercampur rata, barulah dinaikkan kelajuan sederhana. Tidak digalakkan terus menggunakan kelajuan tinggi dalam waktu yang lama, kerana adunan krim akan cair dan menyebabkan biskut melebar setelah dibakar.
- Spatula
Fungsi spatula adalah mengadun adunan ketika proses memasukkan tepung kedalam adunan krim. Spatula boleh terdapat dalam bentuk plastik, kayu dan juga getah.
- Pengayak Tepung
Amat berguna bagi menyaring kotoran dan gumpalan pada tepung dan gula aising. Datang dalam bentuk plastik, stainless steel dan juga aluminium. Sebaiknya pilih pengayak yang halus lubangnya supaya lebih cantik dan halus tekstur tepung itu nanti. Pastikan pengayak dalam keadaan bersih dan kering setiap kali ingin digunakan.
- Rolling Pin
Alat yang digunakan untuk menipiskan adunan biskut yang ingin dicetak. Tersedia dalam berbagai bentuk seperti kayu, plastik dan keramik.
Agar adunan biskut tidak melekat pada rolling pin, lapiskan dua lembar plastik nipis. Letakkan plastik diikuti dengan adunan dan akhirnya plastik semula. Barulah adunan ditekan menggunakan rolling pin bagi menipiskannya sebelum dicetak.
- Cetakan Biskut
Alat yang paling penting untuk membentuk biskut supaya menjadi cantik. Cetakan ini terdiri dari bahan plastik, dan stainless steel. Sebelum digunakan, cuci dan keringkan dahulu dan celupkan atau taburkan dengan tepung gandung agar tidak melekat pada adunan biskut. Setelah dicetak, susun adunan diatas loyang yang telah disapukan dengan mentega.
- Spuit / nozzle dan Piping Bag
Ada beberapa jenis biskut yang dicetak menggunakan spuit seperti biskut samprit, sagu keju dan banyak lagi. Masukkan spuit / nozzle dengan mata bentuk bintang ke dalam plastik piping bag, kemudian tuang adunan ke dalamnya. Sebelum digunakan gunting bagian hujung spuit yang telah berisi adunan.
Tekankan adunan diatas loyang bersalut mentega, jangan lupa jarakkan supaya tidak melekat pada satu sama lain.
- Loyang
Untuk membakar adunan biskut, gunakan loyang khusus dengan tinggi lebih kurang 2 cm. Jangan pula gunakan loyang untuk membakar kek atau bahulu, loyang jenis ini tinggi dan akan mengakibatkan proses pembakaran biskut tidak maksima.
Jangan gunakan loyang yang terlalu nipis kerana biskut akan cepat hangit. Jarakkan setiap biskut sebab selalunya biskut pastinya akan mengembang sedikit ketika dibakar, dan ini bagi mengelakkan dari melekat pada satu sama lain. Jangan lupa sapukan mentega pada loyang yea.
- Oven
Terbahagi kepada dua jenis iaitu oven biasa (menggunakan gas) dan oven elektrik. Waktu membeli pilihlah oven yang mempunyai jenama yang terkenal dengan kualiti yang baik. Suhu oven memainkan peranan penting, jika terlalu panas, maka biskut akan cepat hangit dan lebih sedih jika hangit diluar sahaja dan dalamnya mentah. Juga jika terlalu rendah, akan melambatkan proses pembakaran, biskut pun tak sedap, selalunya akan jadi terlalu keras seperti batu.
[ Klik Disini ]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan