Seronok bila membuat kek, cupcakes ataupun biskut kan, lebih seronok kalau ada produk yang memudahkan kerja. Lagi - lagi produk yang unik, dan praktikal untuk digunakan.
Kami cuba senaraikan beberapa produk menarik yang mungkin anda tak pernah tengok lagi. Jom tengok!
1. Nak buat cupcakes hitam putih ataupun bercorak? silikon penghadang ini memang bestkan.
2. Selalunya bila kita buat kek batik, pasti ada lebihan biskutnya. Lebih mudah kalau disimpan didalam bekas yang sememangnya muat - muat saiz biskutnya itu kan. { www.amazon.com }
3. Nak simpan lebihan aising, adunan ataupun buah - buahan yang sudah menjadi puree, pemegang plastik bersaiz A5 ini memang membantu. { www.amazon.com }
4. Peralatan yang memang buat kita teruja.. spray jus lemon terus dari buahnya! { www.amazon.com }
5. Bosan dengan biskut anda yang nampak biasa - biasa sahaja, alat penekap biskut ini akan menjadikan biskut anda nampak luarbiasa. { www.architecturendesign.net/ }
6. Kan best kalau cawan penyukat itu lembut sebegini, amat mudah untuk dituangkan. { www.listotic.com }
7. Comelnya muffin cup berbentuk jeans ini. Bila membakar, anda boleh terus dihidangkan pada tetamu dan lihat bagaimana reaksi mereka. { www.architecturendesign.net/ }
8. Kalau nak nampak kreatif dalam penghasilan biskut, ataupun pada fondant, rolling pin kayu bercorak ini memang sangat membantu. { www.architecturendesign.net/ }
9. Ingin membentuk bulatan diatas doh? Anda pasti tahu yang ianya bukan sesuatu yang mudah tanpa peralatan seperti ini. { www.princesspinkygirl.com }
10. Kalau anda gemar membuat Ice Cream Sandwich, inilah peralatan anda akan suka! { www.skinnymom.com }
11. Bagi anda yang tahu bagaimana susahnya untuk membuat dessert jenis ini, tray yang khusus untuk pembuatan Mini Cheesecake yang memang awesome!{ www.chefscatalog.com }
12. Tak perlukan lagi sarung tangan yang mudah kepam dan berbau. Hanya gunakan ini dan tangan anda tidak melecur lagi. { www.viralnova.com }
13. Bila kurang ruang untuk menyejukkan biskut anda sebelum disimpan, anda boleh gunakan konsep begini. Susunkannya bertingkat. { www.susannahskitchen.com }
14. Sekarang bila membakar cupcakes, anda sudah tidak perlu buang isinya untuk diletakkan aising ataupun jem sebagai inti. Hanya tutupkan dengan silikon ini dan masalah anda sudah selesai. Idea genius! { www.quirky.com }
15. Yang ini tersangatlah sweetnya kan! Presentation amat penting setelah anda bersusah payah untuk menyiapkan dessert yang lazat itu. Amat sesuai diletakkan di meja makan. { www.modcloth.com }
16. Buat kek lebih mudah tanpa menggunakan oven jika dalam kuantiti kecil. Menariknya. { www.amazon.com }
17. Penyukat bahan - bahan memasak yang sangat comel! { www.modcloth.com }
18. Alat yang digunakan untuk menanda pai ataupun apa jua desserts yang keras pada permukaanya. Diperbuat dari besi. { zulily.com }
19. Potong kek menggunakan alat yang super awesome ini. Hanya ptong dan ianya akan terus memegang kek supaya tidak jatuh. Ukurannya juga sama. { eu.fab.com }
Tiada ulasan:
Catat Ulasan