Hot

Tutorial : Jom Buat Aiskrim Cupcake Yang Comel!


Kalau jenis cupcake ini disediakan di mana - mana majlis, anda boleh tengok bagaimana 'laku'nya ia berbanding manisan lain. Mana taknya, kedua - duanya adalah favourite majoriti rakyat Malaysia!



Juga, kalau disediakan dirumah, pastinya sikecil akan terkejut dengan persembahan anda nanti. Maka hujung minggu ini nanti, jadikan aiskrim cupcake ini sebagai satu juadah yang pasti dicuba!



Sebiji Cupcake - Lihat pelbagai resepi 

Butter cream - Lihat resepi

Wafer aiskrim

Deko sprinkles

Nozzle tip bintang



Masukkan cupcake yang sudah ditanggalkan paper cup-nya kedalam wafer aiskrim.


Cupcake ini sengaja diwarnakan supaya menyerupai adunan aiskrim yang terdiri dari pelbagai warna.


Sediakan piping bag beserta nozzle tip bintang.


Gunting bahagian depan dan keluarkan nozzle.


Masukkan aising butter cream yang telah siap.


Mula paipkan dari bahagian tepi, namun tidak terlalu tepi untuk beri ruang kemasan pada akhir nanti.


Paipkan dalam bentuk bulatan untuk membentuk swirl pada bahagian atas cupcake.



Ingat untuk tarik ke atas pada penghujungnya supaya menyerupai aiskrim yang sebenar. 


Tambah dibahagian tepi untuk membentuk kemasan, namun pastikan ianya tidak dipaipkan terlalu tebal untuk mengelakkan dari aising itu mudah jatuh.


Masa untuk mendeko!

Gunakan apa sahaja dekorasi yang anda ada dan hiaskan keseluruhan aising supaya tampak meriah.


Akhirnya sudah siap, bayangkan betapa excitednya si kecil bila melihat ini!


Selamat mencuba!
[ Klik Disini ]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Halaman