Hot

Resepi & Tutorial : Red Velvet Cupcakes dengan campuran bahan unik.


Bagi yang ingin menghidangkan sesuatu yang menarik dan sinonim pada bulan Ramadhan dan juga Syawal, apakata anda sediakan satu resepi yang amat popular sepanjang masa iaitu Red Velvet Cupcakes yang gebu enak dan tak muak untuk dimakan.


Tambah sedap dengan bahan unik kami gunakan iaitu cuka buah ataupun boleh juga digunakan cuka kurma. Kualiti dan rasanya akan berbeza dari Red Velvet yang biasa itu.



Bahan Ayak
250 gram tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam halus
2 sudu kecil serbuk koko

125 gram Butter suhu bilik (lebih mudah, satu buttercup tu dipotong dua)

300 gram gula castor

Gantian Buttermilk
240 ml susu
1 sudu kecil cuka (kami suka gunakan cuka buah dari Turki ataupun cuka kurma)
3 sudu kecil pewarna merah.

Bahan dipukul terus dengan kitchen whisker
2 biji telur A atau 3 biji telur B
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil soda bikarbonat



Pukul butter dan gula kastor pada kelajuan sederhana lebih kurang 2 minit dan masukkan bahan yang sudah dipukul tadi iaitu campuran telur dan esen vanilla.

Sentiasa kikis bahagian tepi mangkuk guna spatula plastik untuk pastikan semuanya bercampur.

Kemudian masukkan tepung dan bancuhan susu gantian buttermilk berselang seli.

Bancuh cuka dan soda bikarbonat sehingga ada bunyi berdesir, dan terus masukkan bancuhan cuka ke dalam mixer dan kacau menggunakan senduk kayu / plastik sahaja.

Ini sekadar untuk memastikan bancuhan itu sebati didalam adunan yang sudah dipukul rata.

Gunakan scoop ice cream untuk masukkan adunan dalam papercup.


Letak adunan separuh sahaja.


Bakar dalam oven pada suhu 175 darjah celcius selama 30 minit bergantung pada oven anda.. kalau cepat panas boleh kurangkan suhu.

Selesai dimasak, sejukkan dan bolehlah dihiaskan samada dengan aising cream cheese yang enak ataupun fluffy buttercream.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Halaman