Hot

Resepi : Pineapple Upside Down Cake



Pernahkah anda merasa kek Pineapple Upside Down Cake ini.. atau pernahkah anda cuba membuatnya?


Barangkali sangat sedikit, kek ini agak kurang popular pada masyarakat kita, namun ada seharusnya mencuba resepi ini. Sebabnya.. kek ini bukan sahaja cantik tanpa aising, malah sedap!



Nak tahu betapa sedapnya? mesti cuba resepi dibawah. 

Tips: Jika anda menggunakan nenas dari tin, gulanya boleh di kurangkan menjadi 1/2 cawan sahaja. Sebab sirap didalam tin yang berada dalam nenas itu sudah cukup manis.






3/4 cawan gula perang

4 sudu besar butter
1 tin nenas (toskan dan keluarkan airnya, pada nenas pun cuba picit - picit keluarkan air sirap padanya)


1/2 cawan butter (suhu bilik)
1 cawan gula kastor
2 biji telur besar (asingkan putih dan kuning)
1 sudu teh esen vanilla
1 1/2 cawan tepung serbaguna
2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam
1/2 cawan susu segar




Panaskan oven pada suhu 180'C dan sediakan loyang 8 inci dan menyapu minyak atau butter.

Panaskan didalam periuk iaitu gula perang dan butter dengan api sederhana dan kacau sehingga larut dan sebati. Bila nampak sudah sebati, biarkannya diatas api kecil itu sehingga berbuih dibahagian tepi Pada masa ini, jangan dikacau, hanya tuangkan terus kedalam loyang yang sudah disediakan itu. Kemudian tuang kedalam cake pan tadi.

Mulakan menyusun nenas kedalam adunan gula dan butter itu tadi, 
Jika adunan gula dan butter itu tadi sudah mula mengeras, jangan risau. Teruskan menyusun nenas itu dan pastikan ianya rapat dan menyentuh setiap satu yang lain. Biarkan seketika.

Mula memukul butter sehingga kembang iaitu warna bertukar menjadi putih dan masukkan sedikit demi sedikit gula dan teruskan memukul, masukkan pula 2 biji telur kuning yang telah diasingkan tadi dan pukul hingga sebati.

Masukkan esen vanila dan tepung, baking powder garam dan akhir sekali susu, masukkan sedikit demi sedikit.

Putih telur yang diasingkan tadi, pukul sehingga kembang dan berbuih. Nak tahu sudah kembang atau tidak, terbalikkan mangkuk telur itu. Jika tak tumpah ke bawah, anda berjaya!

Putih telur tadi dimasukkan kedalam adunan tepung itu tapi hanya gunakan spatula untuk mengaup sahaja. tak perlu di pukul lagi. 

Tuangkan adunan keatas nenas didalam loyang itu tadi dan bakar selama 45 - 50 minit, mula check kek pada minit ke 30 yea. 

Lihat samada adunan sudah masak dengan mencucuk pisau pada kek. Jika tidak melekat ianya sudah masak.

Sejukkan dan hidangkan.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Halaman