Resepi yang akan kami kongsikan ini ialah resepi pertama kali dicuba dari salah sebuah buku resepi kek yang nampak menarik dari gambarnya.. selalunya susah sikit nak percaya pada resepi di buku masakan.. tapi yang ini.. Alhamdulillah.. berjaya dan kami gembira dengan resultnya..
Jadi pada yang ingin mencuba kami kongsikan disini yea..
2 1/2 cawan gula castor
6 biji telur, suhu bilik
3 cawan tepung kek, diayak sebanyak 2 kali
1 cawan heavy whipping cream
1 sudu besar ekstrak vanilla
1 sudu teh ekstrak lemon
Pukul mentega / butter dan gula sehingga kembang, selalunya lebih kurang 5 minit iaitu sehingga ianya bertukar warna menjadi putih.
Masukkan telur satu persatu dan pastikan setiap satu bercampur semuanya sebelum dimasukkan yang seterusnya.
Seterusnya mula masukkan Tepung dan Heavy Whipping Cream secara berselang seli sehingga bercampur semuanya. dan akhir sekali masukkan Ekstrak Vanilla dan Lemon, kacau hingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang (kami guna saiz 8 inci).
Bakar pada suhu 180 selama 45 minit, tapi mula pusingkan kedudukan kek, check pada minit ke 30.
Tips penting: Pastikan kesemua adunan bercampur sebati sebelum dibakar!
Melampau kami tau.. sebab terlalu terliur dengan bau lemon tu, keluar sahaja dari oven, panas-panas terus potong dan makan.. jangan ikut yea.. (hehe)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan