Hot

Tutorial : Hiasan menggunakan nozzle / tip bintang

Selamat Menyambut Tahun Baru! 

Alhamdulillah dengan izinNya kita dapat bertemu lagi di tahun 2014 yang diharapkan lebih menyeronokkan dari tahun-tahun sebelumnya... 


Tahun baru maka pastinya ada azam baru kan.. seronok dengan beberapa azam tahun lepas yang telah tercapai dan dalam membawa azam lama itu ke tahun baru ini, ada azam lebih baru untuk tahun 2014 yang ingin dikongsikan bersama semua.

Bermula tahun ini.. selain dari berkongsi resepi, info dan fakta, kami ingin menambahkan lagi keseronokkan di dalam blog ini dengan berkongsi tentang dekorasi kek dan cupcakes.. tentang bagaimana sesuatu dekorasi itu dihasilkan, apa peralatan yang dipakai dan macam - macam lagi supaya anda dapat bermanfaat dengan perkongsian kami nanti.

Harapan kami supaya lebih kurang dapat anda semua terima dan sila beri komen jika ada yang perlu kami improve dalam memberi yang terbaik kepada semua.

Untuk ruangan dekorasi ini, resepi kek dan buttercream anda boleh pilih berdasarkan resepi yang telah kami kongsikan.. hanya detail tentang dekorasi kek sahaja yang akan dikongsikan pada ruangan ini.

Dekorasi jenis ini adalah yang paling mudah dan cepat untuk dilakukan.. bagi ibu-ibu yang ingin mencuba sendiri dirumah untuk dinikmati anak-anak, anda boleh lakukannya terus.. tidak perlu skil yang hebat untuk dekorasi jenis ini.


  • nozzle tip #22
  • beg piping bersaiz S
  • sarung tangan plastik
  • pewarna 



Bancuh buttercream dan bahagikan kepada dua.. satu disapukan pada cupcakes dan dimasukkan kedalam piping bag yang mengandungi nozzle tip #22, manakala satu lagi dimasukkan sedikit sahaja dan dicampurkan warna mengikut kesukaan. kalau anda minat akan warna-warni, boleh campurkan dengan warna-warna asas seperti merah, biru, kuning dan hijau.

  • Sediakan cupcake yang telah disapukan aising secara rata di permukaanya.

  • mulakan dengan menghias dibahagian tepi cupcake dahulu... paipkan nozzle #22 itu secara kemas iaitu dengan menekan dan memberhentikannya dengan cepat.

  • selesai dengan bahagian tepi cupcake, mula penuhkan dibahagian tengah dengan teknik yang sama.

  • apabila sudah penuh dengan deko bintang, ambil buttercream yang bewarna tadi dan masukkan kedalam piping bag.. potong dibahagian hujungnya sedikit sahaja bagi memberi ruang halus buttercream untuk keluar dan mula paipkan dibahagian tengah setiap bintang yang terhasil tadi. penuhkan.

  • Akhirnya siap satu dekorasi yang simple dan mudah sekali.

Selain menggunakan buttercream bewarna, anda boleh menggantikannya dengan silver ball, sprinkles, hiasan- hiasan kecil yang boleh dimakan. ini boleh memberi rupa yang berbeza dengan penggunaan hiasan.

[ Klik Disini ]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Halaman