Hot

Resepi + Tutorial : Kek Coklat Basah


Anda masih ingat pada resepi Kek Coklat Basah ini... pasti ramai yang dah mencubanya kan...

ini antara post kami yang agak popular yang telah mencecah hampir 200k pageview, nampaknya ramai yang sukakan resepi ini, jadi kali ini kami ingin kongsikan tutorial cara membuatnya... .sebab kami ada menerima beberapa email yang bertanyakan bagaimana caranya.. jadi kami kongsikan semula resepi ini beserta gambar langkah demi langkah untuk rujukan semua.

namun ada perubahan dari segi membuat... sebab kami kerap buat.. dan cara yang baru ini nampak lagi efektif dari yang asal... yang berubah ialah kami campurkan bahan kering dahulu... dan tuangkan bahan basah kedalamnya... kek menjadi lebih lembut basah dan sedap...

1 3/4 cawan tepung serbaguna
3/4    cawan serbuk koko
1 1/2 sudu teh  baking powder
1       sudu teh baking soda
1 1/2 gula kastor (resepi asal nak 2 cawan, jadi terpulang)
1       sudu teh garam

2    biji telur Gred A
1/2 cawan minyak
2    sudu teh vanilla
1   cawan susu (selalu kami guna susu segar)
1   cawan air panas


Panaskan oven pada suhu 177'c, letakkan kertas minyak pada bahagian bawah loyang, ketepikan..




Campurkan gula, tepung, serbuk koko, baking powder, baking soda dan garam ke dalam mixing bowl.




Adun kesemua bahan sehingga bercampur semuanya.

 

masukkan telur, minyak, perisa vanilla dan susu kedalam bekas dan pukul menggunakan pemukul telur sehingga pecah kuningnya dan bercampur kesemuanya.






masukkan kesemua bahan basah kedalam bahan kering sambil mixer di perlahankan... supaya tidak ada yang berketul




Bila adunan sudah nampak bercampur semuanya..


masukkan air panas...



adunan akan kelihatan cair dan teruskan memukul sehingga tiada ketulan lagi...




masukkan kedalam loyang dan hentakkan sehingga buih yang timbul itu tiada lagi...

Bakar selama 40 minit - 50 minit, atau check dengan pisau samada masih melekat.. 

memandangkan setiap oven lain kepanaskannya.. jadi mesti kerap check selepas kek berada dalam setengah jam didalam oven.

ada yang bertanya kenapa kek kami nampak gelap dan tak bewarna coklat seperti kek yang biasa tu.. ini kerana kami guna tepung koko yang jenis gelap.. yang kami beli terus dari Kilang Harvest Bakery.. kalau untuk memasak sendiri boleh cuba brand Hershey atau tanyakan kedai supply bakeri tentang tepung jenis ini.

resepi ini amat sesuai dijadikan kek untuk menyambut ulangtahun... hiaskannya lagi dengan topping Ganache dan penuhi hiasan dengan coklat.. pasti ummppphh!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Halaman