Kek Red Velvet adalah kek paling laris dan mempunyai permintaan paling banyak kami pernah kami dapat sejak kami mula membuatnya pada tahun 2011 dahulu... dan resepi ini juga pernah kami jadikan versi Green Velvet untuk versi Hari Raya... dan turut mendapat sambutan hangat yang mana resepinya telah dikongsikan dalam Majalah Nona Edisi Bumper Raya 2012 dahulu..
sekarang kami ingin kongsikan resepinya sekali lagi untuk anda, dan kali ini ada penambahbaikan iaitu dari segi kuantiti Cream Cheesenya... Percayalah... lagi sedap!
Bahan A
2 1/2 Tepung Kek (diayak)
1/2 Sudu Teh Garam
2 Sudu Besar Serbuk Koko
Bahan B
2 Biji Telur Gred A
1/2 Cawan Mentega bersuhu bilik (jika menggunakan salted butter, tak perlu masukkan garam)
11/2 Cawan Gula Kastor
1 Sudu Teh Esen Vanilla
Bahan C
1 Cawan Buttermilk (jika tidak ada, campurkan 1 sudu teh cuka kepada 1 cawan susu segar bersuhu bilik, biarkan selama 10 minit)
1 Sudu Besar Pewarna Merah
Bahan D
1 Sudu Teh Cuka
1 Sudu Teh Soda Bikarbonat
Panaskan oven pada suhu 175'c dan lapiskan kertas minyak pada loyang bersaiz 8 inci, sediakan 2 loyang.
Ayak Bahan A dan ketepikan.
Pukul Bahan B sehingga sebati.. telur haruslah dimasukkan satu persatu.
Bancuh Bahan C dan masukkan secara berselang seli dengan Bahan A kedalam Bahan B sehingga bercampur kesemuanya.
Campurkan Bahan D sehingga mengeluarkan buih dan tuangkan ke dalam adunan campuran Bahan A, B dan C tadi. Kacau perlahan sekadar pastikan ianya bercampur.
Bakar selama 45 minit atau sehingga pisau yang dicucuk tidak melekat sebarang adunan.
Keluarkan dan sejukan.
Bagi krimnya pula, Red Velvet enak dihidangkan dengan asing Cream Cheese. Resepinya seperti dibawah.
250 gram Cream Cheese
250 gram Mentega
1 sudu teh Esen Vanilla
250 gram Gula Aising (paling suka brand Prai sebab gulanya halus.. bila diayak hampir tiada yang berketul)
Ayakkan gula aising sehingga tidak ketulan, ketepikan.
Pukul Cream Cheese dan Mentega sehingga kembang, kemudian masukkan sedikit demi sedikit gula aising sehingga habis kesemuanya.
Masukkan Esen Vanilla dan pukul hingga bercampur kesemuanya.
sapukan pada kek yang sudah sejuk dan hidangkan.
Selamat mencubanya pada hujung minggu ini!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan