demam Pavlova dimana - mana..
bila lihat di newsfeed Facebook.. ade sahaja gambar Pavlova dimuat naik oleh kawan - kawan yang berniaga Pavlova ni, dan setiap kali tertengok.. wahh.. memang terliur..
niat di hati tu memang nak cuba buat.. tapi maklumlah sekarang nie kan dan ade putera dan puteri.. waktu agak terhad, untuk mencuba sesuatu yang baru.. sebabnya, ada tempahan pelanggan yang perlu disiapkan selain menguruskan house chores.
tengah malam pulak, ketika suami dan anak - anak dah lena.. waktu tu lah kite ambil kesempatan untuk menyiapkan tempahan, rasanyer ramai geng - geng Bakers seangkatan yang buat camtu kan, yang mana esoknya lepas solat subuh berperang la kat dapur membasuh peralatan membakar sebelum anak - anak bangun..
ok la, di pendekkan cerita.. ada masa terluang satu hari tu.. dan kami pun ambil kesempatan untuk cuba membuatnya sekali.. dan yang bahayanya Pavlova ni, lepas dah cuba sekali pasti ade lagi dan lagi dan lagi.. maka demam Pavlova sudah melanda rumah kami pulak..
maka, kami sarankan anda cuba buat atau cuba rasa sekali untuk mengetahui rasanya.... sebabnya, rasa Pavlova ini tak boleh digambarkan.. dan memanglah Pavlova ini manis.. tapi bile dah kene ngan buah-buahan masam sebagai toppingnya itu.. rase OK sangat sangat la pula.. dan yang pasti rase SEDAP!
baiklah, resepi Pavlova ini kami amik dari Joy of Baking.. tapi ade diubah sedikit, iaitu kami tambah sebiji lagi telur.. jadikannya 5 biji.. dan yang lain semua ikut resepi..
resepi ini kami copy terus dari website itu yea...
1 cup (200 grams) superfine (castor)sugar
{penah dengar tip dari chef pastri orang Prancis dalam satu rancangan masakan.. katanya jangan sekali - kali guna gula aising yang macam tepung tu untuk buat samada Meringue atau Pavlova}
1/2 teaspoon pure vanilla extract
1 teaspoon white vinegar
1/2 tablespoon cornstarch (corn flour)
Topping:
{memule jea buat ikut resepi.. lepas tu beli ready made whipping cream yang dalam tin tu.. :P.. tapi kalo nak buat untuk customer... jangan lak gune yang ready made tu.. die tak tahan sangat.. sekejap dah cair.. tapi kalo buat sendiri.. mmg tahan..}
1 cup (240 ml) heavy whippingcream
1 1/2 tablespoons (20 grams) granulated whitesugar(or to taste)
1/2 teaspoon purevanilla extract
Fresh fruit - kiwi, strawberries, raspberries, blackberries, passion fruit, peaches, pineapple, or other fruit of your choice
mula - mula pukul putih telur pada kelajuan yang sederhana.. dan perlahan - lahan lajukan..
sambil tu.. masukkan dengan sudu gula castor sedikit demi sedikit sehingga habis..
sementara mixer memukul adunan, ambil loyang bersaiz 8' dan lorekkan pada kertas minyak.. dan terbalikkan kertas itu, kecuali menggunakan gourmet pen seperti kami, maka tak perlu terbalikkan
ini adalah sebagai guideline untuk membentuk Pavlova...
putih telur yang dipukul tadi itu, perubahannya adalah seperti dibawah, mula-mula akan berbuih sedikit dan makin lama buih itu akan semakin banyak dan sambil masukkan gula itu, adunan akan nampak pekat
tak sampai 5 minit.. dengan menggunakan mixer, adunan dah jadi macam buih sabun...
kalau anda takde mixer.. boleh pukul dengan tangan.. hanya pukul dan tunggu sehingga adunan berubah pekat seperti didalam gambar..
atau dan boleh ikut macam dalam rancangan masterchef Korea.. pukul ngan tangan sampai berbuih kental dan untuk ujian, terbalikkan bowl atas kepala.. untuk tengok samada jatuh ke tak.. kalo tak jatuh maknanya sudah berjaya..
kalau anda takde mixer.. boleh pukul dengan tangan.. hanya pukul dan tunggu sehingga adunan berubah pekat seperti didalam gambar..
atau dan boleh ikut macam dalam rancangan masterchef Korea.. pukul ngan tangan sampai berbuih kental dan untuk ujian, terbalikkan bowl atas kepala.. untuk tengok samada jatuh ke tak.. kalo tak jatuh maknanya sudah berjaya..
pastikan adunan itu 'bertanduk' yea.. yang mana bila diangkat kepala mixer tu, adunan yang tertarik itu akan membentuk seperti tanduk.
waktu ini matikan mixer, masukkan tepung jagung dan cuka.. gunakan senduk kayu dan kacau adunan hingga sebati..
bentukkan atas kertas minyak ikut bulatan yang dilukis tadi tu, pastikan jangan ke tepi sangat, kerana pavlova ini akan mengembang ketika dibakar.
dan bolehlah dimasukkan ke dalam oven untuk di bakar.
kat sini kami tekankan kene tau suhu oven kite.. samada jenis yang cepat atau lambat panas,
sebab.. walaupun resepi mengatakan suhu 130'c.. Pavlova kami tak masak cantik pun lepas sejam.. jadi selepas tu.. kami naikkan suhu kepada 150'c dan selepas itu barulah nampak naik dan nampak rupa Pavlova tu.
sebab.. walaupun resepi mengatakan suhu 130'c.. Pavlova kami tak masak cantik pun lepas sejam.. jadi selepas tu.. kami naikkan suhu kepada 150'c dan selepas itu barulah nampak naik dan nampak rupa Pavlova tu.
dan tip Pavlova nie, lepas tutup api.. jangan terus keluarkan.. biarkan sejuk dalam oven tu sambil membuka sedikit pintu oven.. atau seperti kami, biarkan sahaja pintu tertutup dan Pavlova itu sejuk sendiri
sementara itu, bolehlah dipotong buah - buahan yang akan menjadi topping itu kepada kepingan kecil.. kami dah cuba macam-macam.. tapi yang pasti buah strawberi mesti ade.. pastu terpulang nak geng kan dengan anggur ke, mangga muda ke, apple hijau ke.. asalkan masam.. sure meletups kebabom!
Pavlova yang dah sejuk dikeluarkan..
oh! waktu nie dah kecur air liur kami..
oh! waktu nie dah kecur air liur kami..
letak whipping cream sebagai base, ianya bertindak sebagai bahan untuk melekatkan buah - buahan tu..
mulakan dengan menabur buah - buahan...
dan inilah hasilnya... tak buat selang seli.. sepatutnya buah strawberi.. kemudian buah anggur.. dan strawberi semula, maka baru la cantik kan..
ini tak... kes nak makan sendiri.. semuanya ala kadar...
ini tak... kes nak makan sendiri.. semuanya ala kadar...
letakkan kan lagi whipping cream.. dan lagi dan lagi dan lagi pun boleh..
tapi apapun, rasanya memang mantap...
tip makan: selain whipping cream, makan dengan aiskrim berperisa vanilla pun sedap.
selamat mencuba!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan