Hot

Resepi: Homemade Steamboat

Teringin nak makan steamboat.. 
kebetulan hari tu ialah hari minggu.. lepas waktu solat maghrib pulaklak tu.. 

Jadi dalam on the way jalan kaki ke Flaming Steamboat, restoran yang terkenal dengan all you can eat tu, rasa ralat pulak nak teruskan, sebabnya last time kami pegi dalam pukul 6 petang pun bole tahan ramai dah orang.. 

Maka, kami mengambil keputusan untuk membelok ke pasaraya Mydin bawah rumah kami, dan cari terus bahan - bahan nak buat.. 


Sampai sahaja dirumah, terus kami mulakan preparing ape yang patut..

sambil dok membuat kuah sos tu, teringat mase kali pertama kami buat steamboat sendiri dirumah dahulu.. bila buat sendiri, punyalah banyak dapat makan, sampai tak habis... time tu mungkin excited dan terbeli banyak sangat kot untuk due orang.. 

tapi dalam istilah banyak yang kami perkatakan ini, kos nyer baru RM30 sahaja untuk bahan - bahan steamboat. memang berbaloi.


Inilah gambar mase buat pertama kali dulu.. 

untuk buat steamboat dirumah dan takde dapur khas, boleh sahaja gunakan peralatan rice cooker, juga sediakan:

blender
sudip berlubang
chopstick
mangkuk

dan bahan - bahan untuk makanan yang boleh terdiri dari pelbagai jenis seafood + ayam + bahagian dalaman macam hati etc.. dan sayuran.. kirenyer ikut tekak memasing lah.. 

Untuk kami, inilah yang dibeli, 

fishball


crab stick


tauhu goreng - yang nie mmg peberet..


fish cake


udang


telur burung puyuh


Bila dah standby kesemua bahan - bahan nie.. bolelah mula sediakan sup untuk merebus sambil - sambil membuat sos nanti..

Sup Steamboat




air
kiub knorr sup
garam
2 sudu sos tiram 




masukkan semua dalam rice cooker dan tekan 'cook' tunggu sampai mendidih...



Sos Steamboat



2 ulas bawang putih
4 batang cili hidup
1 inci halia
3 sudu besar sos ikan
1 sudu besar cuka
1 sudu besar minyak
1/2 cawan air panas
2 sudu besar sos tomato
garam dan gula secukup rasa



potong dan masukkan bahan - bahan seperti cili hidup + bawang putih + halia ke dalam blender


masukkan sos ikan

 

masukkan cuka


dan minyak..


kebetulan ade beli sos Nando's Hot Peri - Peri nie.. so ade masukkan la jugak dalam 1 sudu besar.. 


last sekali masukkan air dan garam gula agak2 nak kasi sedap...


blender sampai hancur...


transfer ke kuali.. dan start masak...


tambah sos tomato ketika dalam kuali


kacau dan masak sehingga mendidih dan pekat.. masa nie warna sos akan jadi semakin kemerahan..


dah siap!

 

hidangkan dengan bahan - bahan steamboat yang telah di masak.. 



sorry lah.. sebab terlalu excited.. gamba makanan lupe nak amik.. 

yang nie pun second round.. sebab kami beli pun tak banyak.. abis semuanya.. kos anggaran dalam rm15 ringgit keseluruhan untuk makan 2 orang.. berbaloi kan.. lebih murah dari kos pertama kali dalam RM30 tu, 


selamat mencuba!

1 ulasan:

  1. Salam, wah.. sedap betul nampaknya masakan steamboat Mama. Resepi steamboat yang ringkas dengan gambar yang jelas. mantop!

    BalasPadam

Halaman