Hot

Resepi : Brownies Coklat Berwalnut.



Coklat dan Walnut memang sesuai digandingkan bersama, lagi sedap bila ditambahkan chocolate chips berperisa strawberi. Seperti anda tahu, brownies teksturnya agak padat dan keras dari kek, dan dari segi rasa selalunya brownies nie memang kaya dengan rasa coklatnya.

Bila buat brownies, selalunya lebih cepat habis daripada kek, dan bila dipotongkan dalam bentuk segi empat sama, akan kurang rasa bersalah bila makan, kerana potongannya agak kecil dari sepotong kek.



Jom sama-sama intai resipinya dan cuba buat untuk minggu ini.





  • 500 gram mentega
  • 500 gram gula
  • 400 ml susu pekat
  • 10 biji telur
  • 375 gram tepung
  • 200 gram serbuk koko
  • 250 gram walnut
  • 250 gram coklat / choc chip berperisa strawberi.






1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.

2. Masukkan susu pekat dan kacau sehingga sebati.

3. Masukkan waknut dan choclate chip sedikit demi sedikit.

4. Masukkan telur, tepung dan serbuk koko kacau sehingga sebati.

5. Masukkan ke dalam acuan dan bakar selama 30 minit dengan suhu 180°C.




Selamat Menjamu selera.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Halaman