Hot

Info & Tips : Buah Lemon



Lemon ialah sejenis buah limau yang dianggap sebagai buah 'serbaguna' yang mempunyai pelbagai kegunaan. Ia datang dari keluarga citrus. Lemon mempunyai jus yang berasid.


Mula ditanam sejak 2000 tahun lalu dan kebanyakkanya hidup di negara - negara panas sekitar Mediterranean. Pokok ini banyak ditanam dikawasan - kawasan Spanyol, Itali, dan Greece.


Lemon tidak sesuai dimakan terus kerana rasa isi dan jusnya yang pahit dan masam.Tapi kerana rasanya begitu rupa, jus ini memberi perisa kepada banyak jenis makanan yang masam dan manis.
Dari sudut perubatan, lemon amat banyak mengandungi khasiat iaitu bahan asidik yang boleh membersihkan darah. Pada zaman dahulu, jus lemon selalunya diberikan kepada kelasi kapal selepas berhari - hari mereka makan makanan yang diawet dengan garam.


via : practicallyviral.com

Pemakanan

Sebiji lemon yang bersaiz sederhana mengandungi 20 kalori. Ia juga mempunyai protein dan tidak berlemak, juga mengandungi 5g karbohiderat. 

Lemon kaya dengna vitamin C yang mempercepatkan proses sembuh. Ada yang percaya pengambilan dos yang tinggi jus ini boleh menyembuhkan selsema, tetapi terdapat sedikit sahaja bukti perubatan yang menyokong kenyataan ini. Vitamin C yang terdapat dalam jus ini begitu mudah hilang jika terkena panas, dikala memasak. 
Jus ini hanya sesuai diperah dan dititis diatas makanan, ikan atau daging mahupun salad yang menu disajikan dihatas meja hidangan emi untuk memelihara zat viatamin yang terdapat didalamnya.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Halaman