Hot

Resepi & Tutorial : Cupcake Vanilla Strawberi dengan pelbagai campuran Buah, Jem dan juga Cip Coklat!



Selalunya cupcake strawberi dibuat menggunakan perasa strawberi dan bewarna pink, tapi kali ini kita buat lain sedikit iaitu dengan menggunakan perasa vanilla tapi dengan tambahan buah, jem dan juga cip coklat berperisa strawberi. 


Dengan cara ini, setiap gigitan cupcake akan jadi lebih sedap dengan kombinasi pelbagai rasa strawberi itu dengan perasa vanilla. 

Untuk lebih menarik anda boleh letakkan asing buttercream diatasnya { resepi } dan hiaskannya dengan pelbagai idea mudah menggunakan bahan sedia ada dirumah seperti { ini }



250g butter
3 biji telur - gred A
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
3/4 cawan gula kastor
1/2 cawan susu segar
1/2 camca besar esen vanilla

10 biji buah strawberi - didadukan

150g cip coklat berperisa strawberi
3 sudu besar - jem berperisa strawberi







Pukul butter dengan gula sehingga kembang, iaitu warna butter sudah menjadi putih dan nampak seakan - akan buttercream.

kurangkan kelajuan dan masukkan tepung secara berselang - seli dengan susu sehingga habis kesemuanya.

Masukkan esen vanilla dan kacau dengan spatula sahaja, tak perlu pukul lagi. Tambahkan jem strawberi, buah strawberi dan juga cip coklat dan kacau dengan spatula sehingga rata kesemuanya.



Gunakan ice-cream scoop dan masukkan kedalam papercup.


 Adunan akan nampak seperti ini, ianya tidak cair dan kesemua perisa strawberi tadi akan melekat pada adunan itu.


Bakar pada suhu 180'c selama 20 minit atau kurang. Bahagian atas cupcake akan nampak keemasan.



Selamat Mencuba!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Halaman