Hot

Tutorial : 4 idea menarik beserta tutorial mendeko cupcakes yang comel - comel belaka.



Anda amat berminat dengan hiasan cupcakes, nak belajar anda tiada masa, dan ingin menempah tak cukup bajet, jom tengok serba sedikit ilmu menghias cupcakes yang ingin kami kongsikan disini bersama anda.

Di dalam perkongsian ini, kami hanya kongsikan 3 tutorial bergambar 3 dari hiasan kami itu, manakala bagi hiasan reben fondant, anda boleh lihat video dari MyCupcakeAddiction.






Fondant bewarna putih
Pewarna makanan
Cookie cutter
Fondant flower cutter
Penekap
Gula aising ataupun tepung gandum
Kertas keras
Span lembut






RAMA - RAMA

Untuk membuat rama - rama dari fondant, anda perlu menguli dahulu fondant dengan ditaburkan gula aising ataupun fondant bagi mengelakkannya melekat.

Kemudian anda boleh terus menekap menggunakan cookie cutter itu dan goyangkan supaya ianya bercerai dari kepingan fondant itu.



atau,


jika anda inginkan tekstur pada rama - rama itu, anda boleh menggunakan cake stencil dengan menekankan sedikit stencil sheet itu supaya menghasilkan corak, 


 dan tekap menggunakan cookie cutter.



Rama - rama itu sebaiknya-baiknya tidak terlalu nipis yea, ambil rama - rama itu dan letakkan pada kertas keras yang sudah dilipat seperti segitiga.

Biarkan mengeras dalam masa beberapa jam.


Bila sudah mengeras anda boleh melekatkannya pada cupcakes dengan menggunakan royal icing ataupun air sahaja.. basahkan pada bahagian bawah dan letakkannya.

Jika cupakes anda sudahpun mempunyai buttercream, hanya letakkan sahaja.


BUNGA - BUNGAAN

Anda boleh mewarnakan fondant ini mengikut warna yang anda inginkan dan dengan menggunakan fondant flower cutters ini, tekan pada fondant yang telah diratakan menjadi kepingan.


Dengan membiarkan fondant itu masih didalam cutter itu, tekankan ianya pada span yang lembut dan lepaskan. Kita sengaja menekankanya disitu ialah kerana beberapa sebab:

1. Ia tidak melekat pada span.
2. Ia akan menjadikan bunga fondant itu tampak hidup dengan bentuknya melengkung ke atas.

Lebih tebal span itu, lebih cantik bunga anda.


Apabila sudah keras, anda bolehlah mula menghiaskannya pada cupakes dengan menggunakan samada royal icing ataupun air sebagai gam.

Susun mengikut kreativiti anda.


Jika anda ingikan lebih cantik, paipkan royal aising pada bahagian tengah bunga fondant itu supaya nampak 'penuh'.

Atau,

Anda tambahkan lagi silver ball dibahagian tengah itu supaya lebih kontra dan nampak cantik.

BUNGA ROS

Dengan menggunakan warna fondant yang anda inginkan, anda boleh meratakannya dalam bentuk panjang.

Buang atau trim dibahagian atas dan bawah itu menggunakan cutter, supaya ianya sama panjang.


Dengan menggunakan tools, anda cuba untuk menipiskan lagi salah satu bahagian hujung untuk menjadikannya terletak dibahagian atas bunga ros itu nanti.

Mula menggulung dari hujung hingga ke tengah.

Cuba untuk tidak merapatkannya, dan potong bila anda rasa sudah cukup besarnya.


Hasilnya seperti dibawah, dan untuk melekatkan silver ball yang saiznya lebih kecil itu, hanya basahkan pada permukaan fondant dan taburkan silver ball itu.


REBEN FONDANT

Bagi dekorasi ini, kita lihat video pembuatan Mini Fondant Bow Tutorial dari Wilton.

Selamat Mencuba!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Halaman