Hot

Resepi : Vanilla Cupcake With Chocolate Chips



Kanak - kanak mana yang tak sukakan chocolate chips kan.. malah kita yang dewasa nie pun turut suka, Samada dibuat sebagai juadah berbuka ataupun sebagai pemberi tenaga ketika sahur, kalau kita dah buat nie, memang akan cari pelbagai idea untuk menikmatinya!
Kali ini kami nak tunjukkan kongsikan resepi membuat cupakes beserta toppingnya. toppingnya ialah dari coklat timur tengah ChocoToT yang sudah dicairkan secara double boil.

Memang sedap! 

Cara ini juga ringkas sangat bila kita nak mencantikkan lagi cupcake kita tanpa perlu membuat aising buttercream. Amat sesuai dihidangkan jika berbuka ataupun ketika Hari Raya khas menggembirakan untuk kanak - kanak yang comel!




1 1/4 cawan butter
6 biji telur gred A
1/2 cawan susu
1 sk esen vanilla ekstrak
11/2 cawan gula kaster
2-3 sb chocolate chips
Chocolate chips - tabur atas cupcake

Ayakkan sekali
2 cawan tepung gandum/tepung kek
2 sk baking powder 




Pukul gula dan butter hingga kembang dan kemudian masukkan telur satu  demi satu sambil terus memukul hingga bercampur semuanya.

Masukkan pula esen vanilla dan gunakan senduk, masukkan tepung gandum yang sudah diayak tadi secara berselang seli dengan susu. 

Gaulkan chocolate chips dengan tepung dan masukkan kedalam adunan sambil dipukul secara perlahan supaya chocolate chips itu hanya melekat padanya.

Tuangkan ke dalam cawan kertas dengan 3/4 penuh. Taburkan chocolate chips di atas permukaan cupcake

Bakar pada suhu 180'c selama 18-20 minit ataupun sehingga masak. Check dengan pisau samada masih melekat pada minit ke 15 itu, dan teruskan sedikit demi sedikit sehinga benar - benar masak.

Setelah masak keluarkan dan sejukkan.


Cairkan coklat premium ChocoToT secara double boil dan celupkan bahagian atas cupcake dengan coklat itu. Biarkan mengeras.

Letakkan hiasan jika mahu.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Halaman