Hot

Resepi & Tutorial : Royal Aising



300gm gula icing yang telah di ayak.
1 biji putih telur
1 sudu teh jus lemon





 Campurkan putih telur dengan jus lemon dan pukul pada kelajuan sederhana lebih kurang 2 minit.


Anda akan nampak buih mula terhasil dan putih telur semakin kembang.


Tambahkan gula aising yang telah diayak itu sedikit demi sedikit dan teruskan memukul dengan mixer hingga adunan nampak cantik.


Royal aising sudah semakin pekat dan likat, teruskan memukul jika ingin mendapatkan tekstur yang kembang dan padat. 

Jangan lupa untuk kikis gula aising disekeliling mixing bowl.


Anda boleh nampak yang ianya semakin nampak seperti kering, teruskan memukul.

Bila sudah dapat consistency yang diinginkan anda sudah boleh mematikan mixer.  


Pada kepekatan begini, anda boleh terus paipkan pada gula aising pada cupcake ataupun cookies dan juga boleh juga terus decorate menggunakan royal aising ini.


Contoh kepekatan royal asing jenis ini yang digunakan pada Cupcake Bouquet hasil kerja kami dahulu.


Ini pula pada sugar cookies yang mana kami terus paipkan sahaja royal aising itu.


Tips

  • Kepekatan icing ini bergantung pada jenis nozzle yang kita hendak gunakan.

  • Sekiranya kita menggunakan nozzle yang halus, cairkanlah sedikit icing tersebut dengan mengurangkan jumlah gula icing yang digunakan.

  • Jika hendak pekat maka lebihkanlah gula icing. 
  • Jangan dedahkan royal icing pada udara jika tidak digunakan. Nanti ia menjadi keras.
Jika ingin dituangkan sahaja ataupun dicelupkan hanya permukaan cupcake atau cookies padanya, anda boleh tambahkan semula putih telur sebanyak 1 biji dan ianya akan menjadi cair semula. Pukul tapi jangan biarkan ianya terlalu kembang.

Untuk mengetahui, bila anda angkat kepala mixer itu ianya tetap jatuh ke dalam adunan.




Contoh produk - produk kami dahulu menggunakan royal aising jenis ini. Hanya perlu celupkan sahaja dibahagian permukaan cupcake dan taburkan hiasan.


Teknik yang sama digunakan pada sugar cookies ini.. kami hanya tekapkan ia pada hiasan.


Bagi proses cupcakes ini pula kami tuangkan royal aising yang cair dan letakkan bunga ros yang telah dipaipkan dengan royal aising yang telah dikeringkan seperti bentuk bunga.




Cara mewarnakan


Tambah setitik dua warna yang diingini dan kacau hingga warna menjadi sekata. 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Halaman