Alhamdulillah kita dah hampir sampai ke penghujung Ramadhan dan akan menyambut Hari Lebaran, Insya Allah. Jadi dalam waktu ini pastinya sudah mula mencari idea - idea juadah lebaran untuk disajikan kepada tetamu nanti. Mungkin juga ada yang sudah berkira juadah apa yang ingin dimasak dan dibawa pulang ke kampung untuk menjamu ahli keluarga yang berkumpul malam sebelum raya.
Tips : Untuk memilih buah epal, sebaiknya buahnya itu yang tidak merah sangat ataupun masih hijau.
Bahan ayak
1 1/2 cawan tepung gandum (kami tukarkan 1/2 cawan itu dengan tepung kek)
1 1/4 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1/2 cawan butter, bersuhu bilik
3/4 cawan gula perang
1/4 cawan gula
2 biji telur
1/2 cawan sour cream
1/4 sudu teh jus lemon
2 1/2 cawan buah epal yang didadukan kasar.
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan susu segar
Gaulkan buah epal dengan jus lemon untuk menjadikannya tidak mudah lebam. Ketepikan.
Ayakkan kesemua bahan - bahan ayak itu dan ketepikan.
Ayakkan kesemua bahan - bahan ayak itu dan ketepikan.
Pukul butter dan gula didalam mixing bowl sehingga kembang dan masukkan sour cream dan kacau, selepas itu masukkan susu segar dengan telur secara berselang seli dan pukul pada kelajuan sederhana.
Masukkan buah epal dengan sedikit tepung supaya kering sedikit dan masukkan kedalam adunan. Kacau perlahan supaya ianya sebati dengan adunan. Tidak perlu kacau terlalu lama dan kuat.
Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga bercampur semuanya.
Pada waktu ini kalau anda nak kacau dengan spatula terus pun boleh, hanya kaup dan balikkan supaya tepung bercampur dengan adunan basah. Kita tak mahu adunan menjadi kering ketika dibakar nanti.
Cedok adunan menggunakan pencedok aiskrim dan pastikan ketulan epal itu termasuk didalam cupcakes sama banyak dengan adunan tepung.
Loyang diketuk untuk menjadikan adunan rata dan kalau mahu boleh ditambah sehingga hampir penuh. Untuk resepi ini ianya tidak akan melimpah jika hampir penuh.
Bakar pada suhu 180'C selama 20 minit dan mula check samada sudah masak pada minit ke 15, sebab ini untuk mengelakkan kek kering atau terlebih bakar disebabkan kepanasan suhu oven masing - masing.
Bila sudah masak keluarkan dan sejukkan. Amat sesuai dimakan begitu sahaja dengan ditaburkan gula aising ataupun serbuk kayu manis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan