Hot

Resepi : No Bake Blueberry Cheesecake



No Bake Cheese Cake nie, kalau kena pada resepinya, memang ummph! Dengan tak rasa manis, malah terasa lemak cheesenya, ditambah pula dengan crust yang sedap.. sangat puas hati. 

Kami dah berkali - kali membuat Cheese Cake jenis ini, pelbagai resepi kami dah cuba, dari yang terlalu manis hinggalah ke berderai bila nak makan. Pernah juga yang keras sangat, macam agar - agar cheese dah. 

Maka resepi yang kami nak kongsikan ini tentulah sudah terlepas dari segala kesusahan yang kami nyatakan diatas tu. Juga ianya ternyata sedap!

Resepi jenis ini, anda boleh pelbagaikan lagi sebenarnya, dengan mewarnkannya, malah menambahkan sprinkles kalau anda mahu. supaya lebih cantik dan menarik. 

Kami pernah buat bersama dengan si kecil kami yang belum berusia 4 tahun pun dan ianya berjaya. Mudah bukan?

Selain santapan, jadikannya sebagai aktiviti bersama keluarga, terutamanya anak - anak. 







Bahan Crust/tapak kek
9 keping biskut butter ataupun graham crackers
1/2 cawan oat
3 sudu besar gula perang
1/8 sudu teh garam
5 sudu besar butter cair
1 sudu teh vanilla

Bahan Cheesecake
1/4 cawan air
1 sudu teh gelatin halal
340 gram cream cheese (Philadelphia atau Tatura)
1 cawan heavy whipping cream
1 cawan gula
1 sudu teh perahan lemon
3 cawan puree blueberry (boleh dibeli di kedai bakeri)




Untuk crust / tapak kek

Panaskan oven pada suhu 177'c. Sementara itu masukkan 4 bahan pertama tadi ke dalam blender dan hancurkan sehingga halus. Masukkan ke dalam mangkuk dan tuangkan butter cair dan vanilla dan gaulkan sehingga padat. Letakkan adunan ke dalam loyang khas untuk cheesecake dan tekan sehingga penuh dan padat didalam loyang.

Bakar tapak itu selama 12 minit ataupun sehingga ianya bertukar warna menjadi gelap. Sejukkan.

Untuk Cheesecake

tuangkan air ke dalam kuali yang sedang dipanaskan dan taburkan gelatin. biarkan selama 10 minit. kacau sentiasa pada suhu rendah supaya ianya tidak berketul. Bila sudah likat, ketepikan.

Pukul cream cheese, gula, dan perahan lemon didalam mixer sehingga bercampur semuanya. Masukkan puree blueberry dan gelatin halal tadi dan teruskan memukul sehingga sebati. Tuangkan adunan Cheesecake ini kedalam loyang iaitu diatas tapak crust yang sudah dibakar tadi. Ketuk, dan ratakan atasnya.

Tutup bahagian atas loyang dengan plastik dan sejukkan semalaman.

Apabila ingin dihidangkan, gunakan pisau yang sudah dilalukan dengan air suam ataupun panas untuk melonggarkan kek dari loyang, dan selepas itu barulah dibuka dan dikeluarkan.

Hidangkan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Halaman