Hot

Inspirasi Design : (8 gambar) Idea DIY Hiasan untuk majlis perkahwinan.


Bakal menempuh hari bahagia dan ingin mencari idea yang menepati budget anda?

Untuk mengadakan majlis perkahwinan sebenarnya anda tidak perlulah berbelanja besar sebenarnya, malah kalau anda tahu caranya, anda boleh menjimatkan wang untuk digunakan bagi menempuh alam rumahtangga nanti. Ada yang boleh ditambah sahaja pada barangan yang ada, malah ada yang anda boleh gunakan dari barangan yang sudah terpakai yang dibaik pulih.


Jom tengok pelbagai idea menarik bagi hiasan majlis terutamanya majlis perkahwinan.
Jika anda ingin mencari barangan hiasan bagi majlis yang cantik dan menarik pada harga budget, boleh ke kedai online kami www.tots.my
  • Tampilkan kelainan dengan meletakkan hiasan sebegini pada kerusi dan bukannya kain yang menutupi kerusi seperti kebiasaan.



  • ataupun gunakan lebihan kain renda dan reben dari hiasan cenderahati doorgift ataupun anda boleh beli renda yang sudah diberi potongan harga runtuh.

  • Jimatkan kos menyewa pelamin dengan membuat sendiri backdrop anda. Hanya gunakan 2 atau pun 3 helai kain lapik meja dan guntingkan sebegini, ikat pada bahagian atas dan anda akan dapat hiasan unik lagi menjimatkan!

  • Gunakan idea backdrop dari belon ini untuk lebih menarik.. dan apabila selesai majlis.. guntingkan dan beri pada tetamu cilik yang hadir.. mereka gembira anda pasti lebih gembira!


  • Tanglung yang dibalut fabrik dan ditambahkan reben nampak sangat kreatif dan cantik, anda boleh gunakan warna tema anda sebagai hiasannya.


  • Bagi kerusi pengantin pula.. hanya tambahkan kain net dengan kain yang menepati tema dan ikatkan sekuntum bunga besar padanya.. wahh memang elegan bukan?

  • Bagi yang mempunyai banyak balang kaca, apakata anda simpan dan gunakan pada hari bahagia anda dengan melekatkan pelbagai kain renda yang menarik dan diletakkan lilin comel didalam, hiaskan pada meja makan beradap anda.. pasti sweet!

  •  Balang kaca cantik - cantik ada banyak dirumah? apakata anda buat begini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Halaman