Hot

Inspirasi Design : (5 Gambar ) Idea menyimpan Cookie Cutter.



Bila kita suka membuat biskut, lebih - lebih lagi jika anda gemar membuat Sugar Cookies, pastinya anda akan mempunyai berpuluh - puluh cookie cutter pelbagai rupa untuk digunakan, dan selain membuat biskut, mereka yang selalu menghasilkan kreativiti melalui fondant juga tidak terkecuali dari memiliki pelbagai jenis cookie cutter ini.

Selain kegunaan diatas, ramai juga memilikinya atas minat membuat bento ataupun sandwich yang comel menarik untuk anak - anak.

Untuk membelinya memang mudah, dengan bentuk yang comel ramai yang amat suka mengumpulnya. Namun agak susah bila semuanya disimpan dalam keadaan tersorok, jadi bila nak digunakan memang harapkan mana yang ingat ataupun yang nampak. Jadi kami ingin membantu anda dengan memberikan idea penyimpanan Cookie Cutter ini dengan cara yang sangat efektif supaya akan nampak semuanya bila nak digunakan!

  • Idea Genius! Hanya cari papan notis sebegini dan sediakan jarum, anda dah boleh gantungkan kesemua cookie cutter dan bila ingin menggunakannya.. wallah! 
Gunakan tempat simpanan berbentuk gaun ini. boleh disangkutkan menggunakan penyangkut baju sahaja, dan dengan poket lutsinar, anda boleh nampak kesemua bahan - bahan yang disimpan. Boleh dapatkan di e-kedai kami. (klik di sini)


  • Bagi yang mempunyai lebih banyak cookie cutter dan ingin kan tempat penyimpanan yang lebih besar, anda boleh cuba cara ini. 


via : eatwell101.com


  • Ini pula jika anda mempunyai cookie cutter yang besar - besar saiznya.. dan nak disusun seperti diatas tidak muat dan akan mengambil ruang yang banyak, jadi buatkan pemisah didalam laci anda dan boleh lambakkan mengikut saiz ataupun kegunaan.

via : eatwell101.com

  • Yang ini agak lucu, namun juga efektif kerana anda akan nampak kesemuanya.. hanya perlu basuh dan lapkan bila ingin digunakan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Halaman