Siapa yang tak menginginkan sebuah dapur yang menepati taste kita dan juga mempunyai ruang yang cukup untuk kesemua bahan dan peralatan memasak.
Umpama syurga rasanya kan.
Tapi dapur yang menjadi impian tak semestinya yang gah dan mahal, mungkin dari projek DIY. Yang menjadi keseronokkan ialah apabila ianya direka khas untuk menepati penggunaan kita.
Contohnya akan kami kongsikan dibawah ini dengan segala idea - idea menarik dari penyusunan barangan dan rekabentuk kabinet dapur yang mungkin dapat kita jadikan contoh untuk merekabentuk sendiri kabinet dapur satu hari nanti!

1. Laci yang boleh ditarik keluar.
2. Sukanya yang ini, laci ini boleh meletakkan peralatan memasak dengan mendirikannya. senang!
3. Bawah sinki, kalau dibuat begini lagi bagus kan, terutama yang dilekatkan di daun pintu tu, menampakkan seolah - olah bawah sinki tu luas sangat!
4. Tak siapa pun tahu dimana pisau disimpan kalau begini, dan kalau ada anak kecil, boleh sahaja diletakkan child safety drawer lock seperti yang dijual di Ikea.
6. Yang ini memang wow!..
Ruangan yang tersorok dan tampak sangat kemas, bila dibuka semuanya sudah dibariskan mengikut ketinggian bekas rempah ratus ini.
7. Kaedah penyimpanan yang genius!
Dirikan dengan memberi sesekat supaya setiap peralatan ini boleh di masukkan dan juga dikeluarkan dengan mudah.
Bagi yang suka membakar.. kita memang ada masalah ini kan..
9. Bukan sahaja untuk barangan masakan, mugkin kita boleh selit juga pelbagai kegunaan lain pada ruangan dapur. Cara ini menarik bukan?
10. Akhir sekali, bagi yang minat membakar kek, apakata kita simpan terus mixer didalam kabinet dan hanya keluarkan ketika ingin digunakan! Sangat Genius!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan