Lama juga kami tak kongsikan cara - cara mendeko kek dan cupcakes. Jadi kali ini kami nak kongsikan cara membuat banner untuk diletakkan diatas kek dengan menggunakan fondant.
Lazimnya kita akan cuba membuat pelbagai cara yang unik dalam dekorasi samada kek atau cupcakes, jadi kali ini kita cuba tampilkan kelainan dengan meletakkan huruf pada banner supaya tampak lebih cantik dan menarik bila kita ingin mengambil gambar.
Cara yang dibuat ini amat mudah, dan anda boleh ubah dan buat mengikut kreativi anda.. mungkin dengan mewarnakan fondant itu ataupun menggantikan dragee atau juga dikenali dengan silver ball itu dengan dekorasi lain contohnya fondant bunga yang telah dikeraskan.
- fondant
- rolling pin atau batang paip pvc
- fondant mat
- dragee / silver ball
- lollipop sticks
- cutter berbentuk bunga
- alphabet cutter
- berus halus plastik
- gula aising yang paling halus
- Canaikan fondant bewarna putih sehingga leper, namun agak tebal untuk dicucukkan lollipop sticks nanti, juga, gunakan gula aising untuk mengurangkan rasa melekit ketika mencanai.
- Dengan menggunakan cutter berbentuk bunga, tekap mengikut jumlah huruf yang ingin dilekatkan.
- Selesai menekap, sebaiknya terus cucukkan lollipop sticks supaya fondant akan mengeras bersamanya nanti.
- Jika bentuk bunga tidak begitu cantik, bentukkannya dengan lebih ketara.
- Letakkan silver ball pada setiap hujung dan tekan untuk melekatknya.
- Biarkannya mengeras sedikit dengan meletakkannya dikawasan berangin..
- Sekarang masa untuk menekap huruf, gunakan fondant bewarna mengikut warna kesukaan.. dan mula menekap.
- Selesai menekap kesemua huruf, maka bolehlah mula dilekatkan pada fondant putih itu tadi.
- Proses melekatkan fondant bersama fondant hanya gunakan air sahaja.. basahkan berus dengan air dan mula sapukan pada bahagian belakang huruf, dan lekatkan terus pada fondant.
- Selesai melekatkan kesemuannya, anda hanya perlu tunggu proses kering dan keras semua. Sebaiknya dibiarkan semalaman.
- Akhir sekali, anda boleh cucukkan pada kek yang telah digubah.
[ Klik Disini ]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan