Hot

Resepi : Agar - Agar Kristal






2 cawan agar- agar tali
7 cawan air suam
3 cawan kordial perisa mangga
1 sudu besar gula
1 cawan sour cream
1 sudu teh garam









Rendamkan agar - agar didalam air lebih kurang 4 jam, iaitu sehingga benar - benar kembang, kemudian toskan airnya, dan cuci sehingga bersih dan toskan kesemua airnya.

Kemudian, masukkan air suam beserta isi agar-agar kedalam periuk, dan masak sehingga mendidih iaitu sehingga agar - agar itu hancur dan sebati bersama air.
Selepas itu, masukkan gula, dan kordial berperisa mangga dan biarkan mendidih, sambil itu kacau supaya sebati.
Bila sudah mendidih, tutup api dan keluarkan separuh ke dalam mangkuk besar, dan yang didalam periuk itu dicampurkan sour cream dan garam dan kacau ketika masih panas.
Sejukkan agar - agar didalam mangkuk itu dengan meletakkannya didalam bekas berisi air, cuba sejukkan dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.

Keluarkan dan potong bentuk dadu dan taburkan kedalam periuk berisi agar - agar sour cream, jika sudah agak keras di bahagian permukaan, panaskan semula sehingga cair sebelum taburkan bahagian yang sudah dipotong.

Masukkan ke dalam peti, sejukkan.

Keluarkan bila sudah keras, dan hidangkan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Halaman