Hot

Info & Tips : Fondant

Ramai yang bertanya tentang bahan Fondant yang sering digunakan bagi menghias kek yang selalunya diminta oleh pelanggan yang inginkan keknya itu tahan lama dan kekal cantik ketika melalui proses penghantaran. 


berikut adalah beberapa soalan yang sering kami terima ketika pelanggan ingin membuat tempahan kek dari kami, dan kami kumpulkan beberapa soalan yang popular untuk memudahkan anda mengetahui tentang bahan dekorasi kek ini.


antaranya:-

1. fondant tu ape?
2. boleh makan ke kek tu kalo letak fondant.. ke kene buang baru boleh makan....
3. sedap ke fondant tu? tak manis keee
4. fondant nnti akan keras kan.. sakit tak nak makan...
5. dan pelbagai soalan lagi..


kek fondant berkonsepkan 'couture'
ini jawapan kami..

Fondant, juga dipanggil sugar icing di sesetengah negara,

di perbuat daripada campuran bahan samada 
  • gula aising dan gelatin (pastikan yang halal atau boleh digantikan dengan adunan agar-agar) 
  • gula aising dan glucose syrup dan glycerine  atau 
  • gula aising dan shortening dan marshmallow..

kek fondant dengan hiasan dari gumpaste
Fondant juga ada dijual secara siap atau readymade di pasaran, sebagai orang Islam, kita pasti akan cuba mencari barangan yang halal, jadi ketika membeli pastikan ada logo halal, tak kira halal dari negara kita atau dari negara asal pembuat, atau ade lampiran surat atau sijil yang dikeluarkan atas produk-produk itu...




dan Fondant juga boleh di buat sendiri.. 

tak susah sebenarnya, hanya perlu tahu resepinya sahaja.. 

dan resepi fondant mana-mana pun lebih kurang.. hanya terpulang atas kita bagaimana mahu sedapkan rasanya, sama seperti membuat kek.. lain tuan lain gaya resepi nya.. mesti ade yang dah di tukar tambah untuk lebih sedap dan enak.


tentang boleh di makan atau tak.. jika ianya dibuat dari bahan makanan.. semestinya boleh dimakan.. 



bagi yang merasakan fondant ini adalah sangat manis.. sebenarnyer fondant nie umpama 'tasteless', dan setakat ini kami sendiri tak pernah merasakan yang fondant ini manis.. 

mungkin kerana campuran bahan resepi tu, rasanya dah jadi 'neutral'.. maka bila fondant tu menyaluti kek, yang akan rasa nanti sebenarnyer kek tu...


fondant akan mengeras.. 

Ya betul, fondant selalunya akan mengeras, tapi bukan pada semua jenis, ianya bergantung pada resepi.. kalo jenis resepinya jenis tak keras.. takkan keras.. lagi basah ade la... tapi tetap cantik dan kemas.. dan kalo yang jenis boleh keras tu.. amik masa juga.. mungkin jika disimpan lebih 2 minggu utk jadi benar - benar keras.




sedikit info penting tentang Fondant...

kek bersalut fondant tidak boleh masukkan ke dalam 'fridge'! 

apatah lagi freezer.. kerana ianya akan merosakkan fondant tu dengan menjadikannya basah dan melekit apabila kek mula berpeluh pada suhu bilik.


dan ade sedikit perbezaan di antara fondant dan gumpaste;

fondant sifatnya agak lembut dan lambat mengeras, manakala gumpaste cepat mengeras jadi, gumpaste nie selalu di gunakan untuk membuat figurine, model dan apa bentuk  hiasan atas kek.. perbezaan resepi untuk gumpaste.. bahan-bahan membuat fondant itu ditambah tylose powder yang mana akan menjadikan cepat keras..


nutrition facts untuk fondant nie: http://nutritiondata.self.com/facts/sweets/5409/2



3 ulasan:

  1. salam pekenalan ..wahhh info no sanggat membantu laaa ..suke2

    BalasPadam
  2. terima kasih atas info ini. Sgt berguna kpd yang baru2 nak berjinak dgn fondant & gum paste mcm saya

    BalasPadam

Halaman